RIA @ BORIA YANG KINI DAH JADI BORIA PASEMBOR ROJAK???
• Kami para penggiat boria melahirkan rasa kesal dan dukacita yang amat sangat kepada pihak-pihak yang merosakkan keaslian boria iaitu kesenian warisan yang harus dipelihara.
• Sejak akhir-akhir ini 'boria' telah dinoda dan dirojakkan. Boria dicincang-cincang dibuat pasembor. Asal boleh makan sudah, sakit perut pun tak apa. Ada
pihak-pihak yang tidak tahu mengenai boria tapi nak buat boria. Ada penganjur boria pun tak tahu apa, pakai hentam saja. Maka jadilah boria ikut acuan mereka sendiri. Contoh paling ketara ialah persembahan boria dalam majlis anugerah Festival Filem ke 20 di Pulau Pinang. Apa yang anda saksikan di USM Pulau Pinang dan terus menerus di Tv Astro adalah contoh boria yang tidak betul. Rangkap karangan 100% salah. Depa main jugak…..
• Pertandingan Boria Peringkat Sekolah – Sekolah Kebangsaan contohnya :
PERTANDINGAN BORIA AADK (DADAH) PERINGKAT KEBANGSAAN – SETIAP TAHUN
PERTANDINGAN BORIA BUKU TEKS PERINGKAT KEBANGSAAN – MENGIKUT PENGANJUR
Ternyata pertandingan seperti ini HARUS DIPUJI dan KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA telah Berjaya menobatkan Boria TETAPI….. apa dah jadi….???
1. Boria dikategorikan kepada KONTEMPORARI @ MODEN ???? Mana ada dalam sejarah Boria …permainan boria boleh dikontemporari??? Mana dia pegawai JPN Pulau Pinang??? Segala peraturan Boria telah dicincang …maka berlakulah pertandingan LAGU DAN TARIAN.
2. Hakim yang mengadili PERTANDINGAN CTH: PERTANDINGAN BORIA BUKU TEKS SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN…. Hakim dari KEKKWA Selangor yang kononya mengetahui syarat-syarat dan apa itu Boria namun semuanya AUTA!!! Senikata lagu yang hancur tak ditengok lansung…. Sketsa dikatakan lawak jenaka (ha…ha….ceteknya ilmu boria depa)…sketsa yang tak bersangkutan dengan bait-bait lirik lagu dikira bagus…. Inikah yang dikatakan Jabatan yang memperjuangkan KEBUDAYAAN KEBANGSAAN???
3. BORIA kalau nak di kontemporarikan…kalau untuk persembahan mungkin boleh diterima tetapi jika untuk PERTANDINGAN…KAMI MEMBANTAH SAMA SEKALI. CONTOH YANG PALING HAMPIR IALAH DIKIR BARAT….. tidak pernah pertandingan atau syarat-syarat pertandingan diubah walaupun masyarakat sedia maklum DIKIR BARAT memang telah di kontemporarikan dengan elemen moden seperti memasukkan alatan kugiran yang mana Album DIKIR BARAT moden laris di pasaran seperti di Pasar Che Yeh, Kota bahru,Kelantan...NAMUN begitu untuk PERTANDINGAN tiada tolak ansur dalam agenda permodenan DIKIR BARAT… kenapa BORIA kita tak boleh pertahankan???? Adakah ia satu kelemahan KEKKWA atau memang terlalu ramai penganjur yang mempunyai sifat TAK TAU TAPI BERLAGAK MACAM TAU SEBAB RAMAI ORANG TAK TAU…SEBAB TU MAMU NAK BAGI TAU…
• Simposium boria anjuran Kementerian Kebudayaan Kesenian Dan Warisan (KEKWA) yang dianjurkan selama lima hari di Lumut Perak September 2005 tinggal kenangan sahaja. Segala peraturan dan rumusan yang dicapai lekat di mulut saja. Tak diikut atau dipakai pun.
• Di bawah ini kami catitkan kesalahan-kesalahan persembahan boria yang pernah diadakan.
• Contohnya seperti berikut:-
• Persembahan boria tanpa sketsa.
• Rangkap karangan bunyi tidak betul (tidak mengikut rima boria)
• Ada yang meng'hiphop'kan boria.
• Tukang karang macam penyanyi (bukan macam tukang karang)
Ada boria yanjg jadi persembahan tarian. (indah di mata penonton tapi sakit di mata hati kami).
• Lain-lain kesalahan kecil (boleh dimaafkan).
"LAGU BORIA" dari album Malaysia Merdu keluaran Life Records nyanyian Hail Amir yang sering disiarkan di radio itu sebenarnya bukan lagu boria. Hanya iramanya saja menarik dibuat lagu boria, tapi senikatanya ternyata lari jauh dari rangkap karangan boria yang sebenar. Bunyi hujungnya tidak sama, lintang pukang. Ada pihak-pihak yang tidak tahu dan terus mengambil senikata lagu itu dalam persembahan boria.
Nak buat boria, buatlah betul-betul. Carilah orang-orang yang betul faham mengenai selok belok boria. Jika boria tidak diselamatkan dari sekarang, apa akan jadi di masa hadapan nanti?
oleh : En Murshidee Md Ramli
B Mus ( USM )
No comments:
Post a Comment