Wednesday, December 24, 2008

Boria Ke Persada Antarabangsa (REVITALISASI BUDAYA MELAYU TANJUNGPINANG 2008)

Revitalisasi Budaya Melayu II
Tanjungpinang, Kepulauan Riau
15 Dis - 20 Dis 2008

Festival gilang gemilang iaitu perhimpunan budaya dari budaya rumpun Melayu dari seluruh Indonesia,dan tak melupakan undangan dari negara-negara jiran Kepulauan Melayu iaitu Malaysia, Brunei dan Singapura.Aktiviti yang dijalankan mengandungi Seminar Budaya Melayu, Peraduan Pantun,Perkhemahan Budaya Asean (Pramuka atau Pengakap), Pembacaan Puisi dan Pengelaran Kesenian dari seranta Kepulauan Melayu dan antarabangsa.RBM dijalankan setiap 4 tahun sekali bermula pada 2004. Di Festival inilah juga Bahasa Melayu dan bangsa Melayu dimartabat dan dijulang .




























































Awal bicara dimulakan dengan kesyukuran kepada Allah Yang Maha Esa kerana memberi ruang rezeki anak-anak wawasan SMKPTJ ke persada antarabangsa.Jutaan Terima kasih atas kepercayaan Jabatan Pelajaran Pulau Pinang khususnya Pengarah Tn Hj Ibrahim Mohamad ,Ketua Sektor,Ketua Unit Ko Kurikulum yang memilih kumpulan boria ini beraksi di sebuah acara Festival yang meriah dan besar di Kota Tanjungpinang serta keizinan dari Pengetua SMKPTJ Hjh Jamilah Salim untuk memberi restu pemergian kami. Jutaan Terima kasih buat Ibu Walikota Tanjungpinang Hjh Suryatati A Manan, Semua Staf PEMKOTA, Dinas Pendidikan, Dinas Pariwisata dan seluruh warga kota Tanjungpinang atas segala layanan,sambutan dan keutamaan yang diberi sesampainya kami di bumi Tanjungpinang.
















Ibu Wali Kota Tanjungpinang, Hjh Suryatati A Manan

Terima kasih tak terhingga buat Pak Helmy(Dinas Pendidikan) yang menyambut kami di jetty, Pak Drs.A Hadi (Dinas Pendidikan), Pak Syafaruddin (Dinas Pariwisata), Para petugas Pariwisata seperti Cik Mieza, Cik Dewi kerana menjaga kami seawalnya kami tiba di Bintan Permata Beach Resort hingga pulang ke Malaysia.
















Permandangan indah di Tanjung Sebauk , perkampungan nelayan yang begitu indah,nyaman, tenang dengan keramahan warga penduduk kampung serta kerjasama dan layanan dari keluarga Pak Omar untuk membenarkan anak-anak SMKPTJ menginap di teratak rumahnya yang seadanya. Sesungguhnya kemuliaan hati Pak Omar tak terbalas ...

















Di rumah Home Stay Pak Omar yang baik hati dan peramah.















Permandangan di Balai Adat Pulau Penyengat . Pulau ini yang kaya dengan tinggalan sejarah dan makam di Raja Melayu dan di situ jugalah bersemadi makam Raja Ali Haji ...pengarang Gurindam 12 yang amat menyentuh perasaan sang pendengar. Pulau ini didiami oleh 100% kaum Melayu yang kebanyakkannya menjalankan aktiviti nelayan,kraf tangan dan perlancongan.
















Cik Diana dari Pulau Penyengat sedang mempersembahkan Gurindam 12 yang mengandungi puisi, gurindam dan lagu yang begitu menusuk kalbu.

















Permandangan dari tepi laut Bintan Permata Beach Resort Kota Tanjungpinang















Tarian Zapin tari tempurung oleh anak-anak sekolah SD Kota Tanjungpinang seramai 1000 orang telah berjaya mencatatkan nama di 'Indonesia Book Of Records"

Thursday, August 21, 2008

Tahniah dan Syabas Boria Anak Wawasan




Membawa pulang kejayaan di Karnival PPDA , Kota Bahru, Kelantan dengan menggondol Johan Boria tahun 2008 dan juga Anugerah Tukang Karang Terbaik










Anugerah Tukang Karang Terbaik Boria Karnival PPDA 2008

Adik Mohd Lokman bin Shamsudin

(walaupun hanya berlatih menjadi Tukang Karang selama seminggu sebelum pertandingan...sebelum ini beliau hanyalah sailor namun seluruh warga SMKPTJ amat berbangga dengan kesungguhan, bakat yang ada serta kesediaan beliau menerima tunjuk ajar guru penasihat dengan penuh minat dan bersemangat.)

Thursday, August 14, 2008

SELAMAT BERJUANG DAN BERJAYA


























Seluruh warga SMKPTJ mendoakan semoga Pasukan Boria dan Dikir Barat SMKPTJ akan membawa pulang kejayaan yang cemerlang di Karnival Pendidikan Pencegahan Dadah Peringkat Kebangsaan yang akan berlansung di Kota Bahru, Kelantan pada 16 hingga 19 Ogos 2008

Boria Anak Wawasan


Penasihat :

Pn Hjh Jamilah Bt Salim
(Pengetua SMKPTJ)
Tn Hj Mohd Zuki B. Ibrahim
( PK Ko-Kurikulum)

Guru Pembimbing :

En Murshidee B. Hj Md Ramli
En Zainal B. Hashim
En Ahmad Firdaus B. Din
Pn Che Jamilah Bt Abdul
Pn Razila Bt Azali

Penubuhan Kumpulan Boria : Tahun 2003

PENCAPAIAN :

Tahun 2004

Johan Karnival PPDA Peringkat Negeri
Tempat ke Tiga Karnival PPDA Peringkat Kebangsaan (Kuala Lumpur)












Tahun 2005

Johan Karnival PPDA Peringkat Negeri
Johan Karnival PPDA Peringkat Kebangsaan (Johor)












Tahun 2006

Johan Karnival PPDA Peringkat Negeri
Johan Karnival PPDA Peringkat Kebangsaan (Pahang)
Kumpulan Elit Utama mencatat nama di Malaysia Book Of Records untuk Persembahan Boria Teramai iaitu 2020 orang ahli sempena Perhimpunan Patriotik Pelajar Peringkat Kebangsaan di PISA, Pulau Pinang.













Tahun 2007

Johan Pertandingan Boria Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP)
Tempat ke Dua Pertandingan Boria BOSD SPBT Peringkat Kebangsaan (Kuala Lumpur)













Tahun 2008

Johan Karnival PPDA Peringkat Negeri
Johan Karnival PPDA Peringkat Kebangsaan di Kelantan
Anugerah Tukang Karang Terbaik - Adik Mohd Lokman b Shamsudin

Boria Anak Wawasan Pi Sana Sini



Persembahan Anjuran BTP dan Intel Coporations.








Persembahan di Festival Kebudayaan Kebangsaan KPM di Perlis








Karnival Pencegahan Dadah Peringkat Kebangsaan di Johor....

Alhamdulillah... mendapat Johan







Hari Anugerah & Kecemerlangan Akademik Sekolah










Lawatan Penilaian Asrama Terbilang








Persembahan Sempena Ulangtahun Kelahiran TYT Pulau Pinang di Perkarangan Kediaman TYT.








Persembahan Sambutan Hari Kemerdekaan 2006 Peringkat Negeri di Balik Pulau..... Seramai 500 ahli boria dari pelajar-pelajar dari sekolah menengah Daerah Pulau...
Boria SMKPTJ mengetuai persembahan.







Persembahan Boria Seramai 2020 orang pelajar yang berjaya mencatat nama di "Malaysia Book Of Records"

Apa Itu Boria Pulau Pinang


Boria adalah sejenis teater tradisi yang amat popular di Pulau Pinang.Ia mempunyai pengisian dua segmen iaitu :

Segmen pertama :

Sketsa SEBABAK (satu tempat kejadian lakonan) contohnya jika sketsa itu kejadiannya berlaku di rumah, maka adengan lakonan/sketsa itu HANYA berkisarkan suasana di rumah sahaja. Sketsa haruslah mempunyai mesej, nasihat dan berunsur humor. Rentetan sketsa ini akan dikupas kembali di dalam rangkap lagu untuk segmen ke dua iaitu di dalam senikata rangkap lagu oleh Tukang Karang.

Segmen ke dua.

Persembahan pergerakan/tarian yang seragam mengikut kreativiti kumpulan yang terdiri dari Tukang Karang (Ketua/Solo Utama) dan Sailor (kini ada golongan yang menamakan “kelasi” yang memang ditentang oleh pengiat lama sebab “sailor” adalah nama khas untuk penari latar dari zaman dahulu.)

SEJARAH DAN LATAR BELAKANG BORIA

Permainan Boria ini banyak dikatkan dengan peristiwa Karbala iaitu peristiwa pembunuhan Saidina Hassan dan Saidina Hussein r.a iaitu putera kepada Saidina Ali (cucu Nabi Muhammad s.a.w) oleh tentera-tentera Muawiyah bin Abi Suffian. Peristiwa ini membuatkan pengikut-pengikut Syiah mengadakan upacara perkabungan tahunan . Semasa upacara atau majlis itu para pengikut akan bersyair, bersajak, berlakon sementara ada pengikut yang sanggup meratap serta mencederakan diri sendiri hingga berdarah semata-mata ingin meratapi dan merasai suasana peristiwa Karbala itu. Upacara atau majlis ini dikenali sebagai Ta’ziya.

Apabila pergerakan ini cenderung ke arah politik, maka ada kumpulan yang menjadikan persembahan atau majlis ini untuk mencari pengaruh maka majlis ini mulalah dibiayai oleh taukeh atau saudagar-saudagar kaya untuk menarik minat pengunjung dating menyertai majlis tersebut.Sekitar abad ke 19, permainan boria ini dibawa oleh golongan India Muslim ke Pulau Pinang yang kemudiannya mempengaruhi minat turut sama oleh orang-orang Melayu tempatan. Setelah orang - orang Melayu tempatan menarajuinya maka banyak elemen dan perubahan yang telah diperbaharui. Semangat Kebangsaan menentang penjajah (Kerajaan British) pada kita itu. Oleh kerana perjuangan menuntut kemerdekaan begitu kuat, maka boria dijadikan landasan untuk golongan Melayu serta golongan minoriti lain bersama menjayakan persembahan boria ini iaitu golongan India dan golongan Cina.

Perkataan Boria dikatakan berasai dari perkataan ‘Borai’ dari bahasa Hindustan yang bermaksud gila atau sasau. Boria jua bermaksud tikar kerana ia dikaitkan dengan sepoi-sepoi (askar-askar) India yang dibawa masuk oleh British mempersembahkan boria di atas hamparan tikar sertya pakaian mereka juga dibuat dengan tikar untuk mengambarkan kesengsaraan hidup di zaman Saidina Hassan dan Hussein r.a di Karbala.

Ada juga yang berpendapat ia berasal dari perkataan ‘Bori’ dari kaum Gujerat yang dating berdagang dan menetap di Pulau Pinang. Ada pula mengatakan perkataan Boria itu asalnya dari perkataan ‘Ria’ sahaja iaitu bersuka ria dan kemudian dinamakan Boria. Apapun dari mana perkataan asal Boria ini tiada siapa yang dapat mengatakan betul atau salah sebab ia hanyalah dating dari ‘sumber lisan’ bukan dari fakta yang dicatat atau ditulis di mana-mana .


TATA CARA @ ADAP PERMAINAN BORIA.

Segmen Pertama

Sketsa Sebabak (telah diulas terdahulu)

Segmen ke dua.

1- Kemasukan Sailor dan Tukang Karang – Kemasukan mereka akan diiringi muzik masuk (intro) sebaik sahaja pelakon sketsa selesai dan keluar.

2- Tukang Karang akan memulakan rangkap pertama secara solo sambil menggoyangkan tongkat dan Sailor akan menyahut rangkap pertama beramai - ramai sambil membuat pergerakan.Lenggok suara serta alunan suara Tukang Karang mestilah BUKAN mendayu-dayu, merdu seperti nyanyian lagu Pop sebaliknya pemberatan terhadap kejelasan sebutan seakan-akan sebutan akhir dipendekkan (BUKAN MELISMATIK). Rangkap yang disampaikan oleh Tukang Karang selalunya akan dimulakan dengan rangkap pengenalan kumpulan serta mengalu-alukan hadirin dan Sailor akan menyahut rangkap yang sama itu kembali beramai-ramai. Contohnya :

Tukang Karang :

Mailah ramai-ramai ke Padang Kota,

Selama Tiga hari Boria berpesta,

Merakyatkan seni warisan kita,

Boria Pulau Pinang sampaikan berita.

Sailor :

Mailah ramai-ramai ke Padang Kota,

Selama Tiga hari Boria berpesta,

Merakyatkan seni warisan kita,

Boria Pulau Pinang sampaikan berita.

Rangkap Sailor ini akan disahut berulang kali setiap kali habis rangkap Tukang Karang (berselang seli.)

3- Kemudian Tukang Karang akan menyampaikan rangkap-rangkap yang mempunyai isi, mesej dan nasihat yang berkaitan dengan Tema Boria itu dipersembahkan dan rangkap itu juga mestilah mempunyai perkaitan dengan apa yang telah dilakonkan dalam sketsa Segmen pertama persembahan.

4- Rangkap karangan Boria akan ditamatkan dengan ucapan terima kasih, pengunduran diri , memohon kemaafan sekiranya persembahan Boria mereka menyentuh atau menguris perasaan penonton.

Contoh :

Tukang Karang :

Persembahan kami sampai di hujung,

Terima kasih para pengunjung,

Budi bahasa tetap disanjung.

Boria Pulau Pinang seni dijunjung

Sailor :

Persembahan kami sampai di hujung,

Terima kasih para pengunjung,

Budi bahasa tetap disanjung.

Boria Pulau Pinang seni dijunjung

Rangkap akhir atau penutup ini akan disahut oleh Sailor (rangkap pertama tidak diulang semula)

5- Persembahan Boria ini juga di akhiri dengan muzik penutup untuk mengiringi para Sailor keluar dari pentas. Adapun para pelakon sketsa turut sama beraksi seperti Sailor tetapi pergerakkan mereka lebih bercorak humor dan tidak mengikut 100% pergerakan Sailor. Ada juga Tukang Karang pada zaman 50 an yang keluar dari pentas lebih awal dari Sailor kerana mereka terbawa-bawa pangkat atau kedudukan sebagai Ketua Kumpulan Boria mestilah mendapat layanan atau kedudukan yang lebih tinggi dari Sailor maka dia keluar dahulu.

RANGKAP DAN SENIKATA PERSEMBAHAN BORIA

Mirip kepada Gurindam Melayu di mana sebutan akhiran adalah sama namun ada juga kumpulan yang membuat kesilapan kerana menyangkakan ejaan akhiran sama sudah memadai.

CONTOH BETUL :

Persembahan Boria bukan sebaRANG,

Dari dahulu hinggalah sekaRANG,

Sketsa ,Sailor dan Tukang KaRANG,

Menghibur mendidik setiap oRANG.

CONTOH SALAH :

Dari Padang Kota sampailah BaGAN, (sebutan akhir GAN)

Pandu hati-hati jangan beranGAN, (sebutan akhir NGAN)

Nasihat Ibu dilupa janGAN, (sebutan akhir NGAN)

Moga dielak dari KemalanGAN. (sebutan akhir NGAN)

Baris Pertama adalah SALAH dan rangkap ini adalah SALAH……


CONTOH YANG TERAMAT SALAH :

PETIKAN DARI BORIA HAIL AMIR


Tukang Karang (Hail Amir) : (rangkap pertama)

Lagu susunan nyanyian Datuk Zainal

Suaranyanya merdu sungguh popular

Begitu terkenal manis buah pala

Kayu baru tongkat Tok Sheikh

Lautannya biru hai pantainya bersih

Ku terpaut oh budinya…

Sailor :

Lagu Boria Pulau lah Pinang

Iramanya sungguh menawan

Hayunkan kaki buaikan tangan

Budaya Pulau Mutiara

Dendangan ini sudah terkenal

Di seluruh negara kita .

KESELURUHAN RANGKAP HANCUR…LIHAT LAH SEBUTAN AKHIR SETIAP BARIS, STRUKTUR BAHASA YANG TIADA PERKAITAN (contohnya apakah perkaitan suara merdu Datuk Zainal dengan Buah pala, tongkat baru, lautan biru ????) ROSAK DAN AMAT SALAH… MEMALUKAN NAMUN BEGITU RTM MASIH BOLEH MENYIARKANNYA…

Pandangan Peribadi :

Kekuatan Melodi lagu ini amat dasyat…sedap dan amat sesuai untuk dijadikan Melodi Boria…. Susunan Muziknya juga amat menarik dengan iringan kombo yang mantap dengan tiupan brass namun jika rangkap senikatanya dikaji dahulu sebelum lagu ini dirakam… saya yakin lagu ini boleh menjadi kebanggaan rakyat Pulau Pinang dan menjadi contoh dan rujukan terbaik untuk memperkenalkan Boria pada dunia luar dari Pulau Pinang. Namun saya berasa sedih ciptaan yang bermutu ini dirosakkan oleh penulis senikata yang tidak perihatin atau tidak tahu tentang Boria….


Sepuluh jari disusun merendahkan diri,
Ampun dan Maaf harap diberi,
Terkasar bahasa tidak disedari,
Semuanya demi anak negeri.

Buat tatapan
pencinta seni warisan,
moga jadi panduan anak wawasan,
Budaya bukan hanya untuk hiasan,
Pulihkan Boria dengan langkah berkesan.

Coretan dan luahan :

Murshidee Hj Md Ramli

B. Mus hons (USM )


Rujukan :

1) Tokoh Boria Pulau Pinang , Pak Abdullah bin Darus

2) Prof. Tan Sooi Beng ( Pusat Pengajian Seni, USM)

3) Wawancara : Allahyarham Pak Man Telo

Sejarah Boria atau Ria





RIA @ BORIA YANG KINI DAH JADI BORIA PASEMBOR ROJAK???

• Kami para penggiat boria melahirkan rasa kesal dan dukacita yang amat sangat kepada pihak-pihak yang merosakkan keaslian boria iaitu kesenian warisan yang harus dipelihara.

• Sejak akhir-akhir ini 'boria' telah dinoda dan dirojakkan. Boria dicincang-cincang dibuat pasembor. Asal boleh makan sudah, sakit perut pun tak apa. Ada
pihak-pihak yang tidak tahu mengenai boria tapi nak buat boria. Ada penganjur boria pun tak tahu apa, pakai hentam saja. Maka jadilah boria ikut acuan mereka sendiri. Contoh paling ketara ialah persembahan boria dalam majlis anugerah Festival Filem ke 20 di Pulau Pinang. Apa yang anda saksikan di USM Pulau Pinang dan terus menerus di Tv Astro adalah contoh boria yang tidak betul. Rangkap karangan 100% salah. Depa main jugak…..
• Pertandingan Boria Peringkat Sekolah – Sekolah Kebangsaan contohnya :
PERTANDINGAN BORIA AADK (DADAH) PERINGKAT KEBANGSAAN – SETIAP TAHUN
PERTANDINGAN BORIA BUKU TEKS PERINGKAT KEBANGSAAN – MENGIKUT PENGANJUR
Ternyata pertandingan seperti ini HARUS DIPUJI dan KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA telah Berjaya menobatkan Boria TETAPI….. apa dah jadi….???
1. Boria dikategorikan kepada KONTEMPORARI @ MODEN ???? Mana ada dalam sejarah Boria …permainan boria boleh dikontemporari??? Mana dia pegawai JPN Pulau Pinang??? Segala peraturan Boria telah dicincang …maka berlakulah pertandingan LAGU DAN TARIAN.
2. Hakim yang mengadili PERTANDINGAN CTH: PERTANDINGAN BORIA BUKU TEKS SEKOLAH-SEKOLAH PERINGKAT KEBANGSAAN…. Hakim dari KEKKWA Selangor yang kononya mengetahui syarat-syarat dan apa itu Boria namun semuanya AUTA!!! Senikata lagu yang hancur tak ditengok lansung…. Sketsa dikatakan lawak jenaka (ha…ha….ceteknya ilmu boria depa)…sketsa yang tak bersangkutan dengan bait-bait lirik lagu dikira bagus…. Inikah yang dikatakan Jabatan yang memperjuangkan KEBUDAYAAN KEBANGSAAN???
3. BORIA kalau nak di kontemporarikan…kalau untuk persembahan mungkin boleh diterima tetapi jika untuk PERTANDINGAN…KAMI MEMBANTAH SAMA SEKALI. CONTOH YANG PALING HAMPIR IALAH DIKIR BARAT….. tidak pernah pertandingan atau syarat-syarat pertandingan diubah walaupun masyarakat sedia maklum DIKIR BARAT memang telah di kontemporarikan dengan elemen moden seperti memasukkan alatan kugiran yang mana Album DIKIR BARAT moden laris di pasaran seperti di Pasar Che Yeh, Kota bahru,Kelantan...NAMUN begitu untuk PERTANDINGAN tiada tolak ansur dalam agenda permodenan DIKIR BARAT… kenapa BORIA kita tak boleh pertahankan???? Adakah ia satu kelemahan KEKKWA atau memang terlalu ramai penganjur yang mempunyai sifat TAK TAU TAPI BERLAGAK MACAM TAU SEBAB RAMAI ORANG TAK TAU…SEBAB TU MAMU NAK BAGI TAU…

• Simposium boria anjuran Kementerian Kebudayaan Kesenian Dan Warisan (KEKWA) yang dianjurkan selama lima hari di Lumut Perak September 2005 tinggal kenangan sahaja. Segala peraturan dan rumusan yang dicapai lekat di mulut saja. Tak diikut atau dipakai pun.
• Di bawah ini kami catitkan kesalahan-kesalahan persembahan boria yang pernah diadakan.
• Contohnya seperti berikut:-
• Persembahan boria tanpa sketsa.
• Rangkap karangan bunyi tidak betul (tidak mengikut rima boria)
• Ada yang meng'hiphop'kan boria.
• Tukang karang macam penyanyi (bukan macam tukang karang)
Ada boria yanjg jadi persembahan tarian. (indah di mata penonton tapi sakit di mata hati kami).
• Lain-lain kesalahan kecil (boleh dimaafkan).


"LAGU BORIA" dari album Malaysia Merdu keluaran Life Records nyanyian Hail Amir yang sering disiarkan di radio itu sebenarnya bukan lagu boria. Hanya iramanya saja menarik dibuat lagu boria, tapi senikatanya ternyata lari jauh dari rangkap karangan boria yang sebenar. Bunyi hujungnya tidak sama, lintang pukang. Ada pihak-pihak yang tidak tahu dan terus mengambil senikata lagu itu dalam persembahan boria.
Nak buat boria, buatlah betul-betul. Carilah orang-orang yang betul faham mengenai selok belok boria. Jika boria tidak diselamatkan dari sekarang, apa akan jadi di masa hadapan nanti?

oleh : En Murshidee Md Ramli
B Mus ( USM )

Kumpulan Kompang & Dikir Barat Putera Gemilang



























Guru Pembimbing :

En Murshidee Hj Md Ramli
Pn Faizah Bt Sharif
En Ahmad Firdaus Din

Penubuhan : Tahun 2004

PENCAPAIAN :

2007

Tempat ke Dua Karnival PPDA Peringkat Negeri

2008

Johan Karnival PPDA Peringkat Negeri




Pertandingan Dikir Barat Karnival PPDA 2008
di KB Mall, Kota Bahru , Kelantan

Warga SMKPTJ berbangga dengan kesungguhan , daya saing serta komitmen Juara, Tukang Karut dan Awak-awak dalam percubaan kali pertama di peringkat Kebangsaan.















Kumpulan Nasyid - Qudwah Syahadah



Guru Pembimbing :

En Murshidee Hj Md Ramli
Pn Che Jamilah Abdul
Ustazah Khalija Abd Hamid
Ustaz Nasri Ismail

PENCAPAIAN

2004

Johan Pertandingan Nasyid MTQ Peringkat Kelompok R10

2005

Johan Pertandingan Nasyid MTQ Peringkat Kelompok R10

2006

Johan Pertandingan Nasyid MTQ Peringkat Kelompok R10

2007

Johan Pertandingan Nasyid MTQ Peringkat Negeri
Penyertaan ke Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan (Perak)

2008

Johan Pertandingan Nasyid MTQ Peringkat Negeri

Penyertaan Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan (Terengganu)

Kumpulan Nasyid - Qudwah Hasanah


Guru Pembimbing :

En Murshidee Hj Md Ramli
Ustazah Noraini Bt Ahmad
Ustazah Norzanah Bt Yusof

Penubuhan : Tahun 2004

PENCAPAIAN

2004

Johan Pertandingan Nasyid MTQ Peringkat Kelompok M6

2005

Johan Pertandingan Nasyid MTQ Peringkat Daerah Utara

2006

Johan Pertandingan Nasyid MTQ Peringkat Negeri
Penyertaan ke Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan (N Sembilan)

2007

Johan Pertandingan Nasyid MTQ Peringkat Negeri
Penyertaan ke Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan (Perak)

2008

Johan Pertandingan Nasyid MTQ Peringkat Negeri

Tempat Ke Lima Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan (Terengganu)

Johan Solo Vokal Terbaik Kategori Sekolah Menengah
Festival Nasyid Sekolah-Sekolah Peringkat Kebangsaan (Terengganu)
Solo : Cik Maizatul Elany Bt Hassan Basri