Revitalisasi Budaya Melayu II
Tanjungpinang, Kepulauan Riau
15 Dis - 20 Dis 2008
Tanjungpinang, Kepulauan Riau
15 Dis - 20 Dis 2008
Festival gilang gemilang iaitu perhimpunan budaya dari budaya rumpun Melayu dari seluruh Indonesia,dan tak melupakan undangan dari negara-negara jiran Kepulauan Melayu iaitu Malaysia, Brunei dan Singapura.Aktiviti yang dijalankan mengandungi Seminar Budaya Melayu, Peraduan Pantun,Perkhemahan Budaya Asean (Pramuka atau Pengakap), Pembacaan Puisi dan Pengelaran Kesenian dari seranta Kepulauan Melayu dan antarabangsa.RBM dijalankan setiap 4 tahun sekali bermula pada 2004. Di Festival inilah juga Bahasa Melayu dan bangsa Melayu dimartabat dan dijulang .
Awal bicara dimulakan dengan kesyukuran kepada Allah Yang Maha Esa kerana memberi ruang rezeki anak-anak wawasan SMKPTJ ke persada antarabangsa.Jutaan Terima kasih atas kepercayaan Jabatan Pelajaran Pulau Pinang khususnya Pengarah Tn Hj Ibrahim Mohamad ,Ketua Sektor,Ketua Unit Ko Kurikulum yang memilih kumpulan boria ini beraksi di sebuah acara Festival yang meriah dan besar di Kota Tanjungpinang serta keizinan dari Pengetua SMKPTJ Hjh Jamilah Salim untuk memberi restu pemergian kami. Jutaan Terima kasih buat Ibu Walikota Tanjungpinang Hjh Suryatati A Manan, Semua Staf PEMKOTA, Dinas Pendidikan, Dinas Pariwisata dan seluruh warga kota Tanjungpinang atas segala layanan,sambutan dan keutamaan yang diberi sesampainya kami di bumi Tanjungpinang.
Ibu Wali Kota Tanjungpinang, Hjh Suryatati A Manan
Terima kasih tak terhingga buat Pak Helmy(Dinas Pendidikan) yang menyambut kami di jetty, Pak Drs.A Hadi (Dinas Pendidikan), Pak Syafaruddin (Dinas Pariwisata), Para petugas Pariwisata seperti Cik Mieza, Cik Dewi kerana menjaga kami seawalnya kami tiba di Bintan Permata Beach Resort hingga pulang ke Malaysia.
Permandangan indah di Tanjung Sebauk , perkampungan nelayan yang begitu indah,nyaman, tenang dengan keramahan warga penduduk kampung serta kerjasama dan layanan dari keluarga Pak Omar untuk membenarkan anak-anak SMKPTJ menginap di teratak rumahnya yang seadanya. Sesungguhnya kemuliaan hati Pak Omar tak terbalas ...
Di rumah Home Stay Pak Omar yang baik hati dan peramah.
Permandangan di Balai Adat Pulau Penyengat . Pulau ini yang kaya dengan tinggalan sejarah dan makam di Raja Melayu dan di situ jugalah bersemadi makam Raja Ali Haji ...pengarang Gurindam 12 yang amat menyentuh perasaan sang pendengar. Pulau ini didiami oleh 100% kaum Melayu yang kebanyakkannya menjalankan aktiviti nelayan,kraf tangan dan perlancongan.
Cik Diana dari Pulau Penyengat sedang mempersembahkan Gurindam 12 yang mengandungi puisi, gurindam dan lagu yang begitu menusuk kalbu.
Permandangan dari tepi laut Bintan Permata Beach Resort Kota Tanjungpinang
Tarian Zapin tari tempurung oleh anak-anak sekolah SD Kota Tanjungpinang seramai 1000 orang telah berjaya mencatatkan nama di 'Indonesia Book Of Records"